Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri. |
Sambil menyifatkan pelantikan itu satu amanah yang besar, beliau berterima kasih kepada PM serta kepimpinan parti di atas kepercayaan yang diberikan itu.
"Kita mulakan langkah dengan bismillah. Amanah dan tanggungjawab yang berat untuk dipikul.
"Namun, dengan doa kepada Allah agar sentiasa diberikan petunjuk dan ilham, dengan bantuan semua pihak yang bekerja secara kolektif dan mengamalkan konsep syura, berbincang dan berunding, dengan merujuk kepada pakar-pakar bidang dan pemain industri, insya-Allah secara bersama, kita mampu lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial miliknya hari ini.
Khairuddin akan mengangkat sumpah jam 3 petang ini, seterusnya bersama-sama dengan ahli Kabinet yang lain.
"Selepas selesai mengangkat sumpah, pada jam 6 petang saya akan ke pejabat Kementerian untuk mendengar taklimat awal daripada pegawai-pegawai tinggi.
"Maka bermulalah tugasan insya-Allah. Mohon doa semua," ujarnya.