Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
KUCHING, 20 Ogos- Terengganu menambah koleksi pingat emas SUKMA XXI menerusi Mohamad Armin Zahryl Abdil Latif, 19, yang memenangi acara 110M lari berpagar lelaki di Stadium Sarawak, sebentar tadi.
Atlet kelahiran Dungun itu mencatatkan masa 14.26 saat meninggalkan pelari dari Wilayah Persekutuan yang mencatatkan 14.51s.
Manakala, tempat ketiga dimenangi atlet Johor dengan catatan 14.57s.
Ketika ditemui pemberita selepas perlumbaan, Armin berpuas hati setelah berjaya menjelmakan kilauan emas dalam penampilan pertamanya di temasya itu.
"Apa yang saya rasa? sedih ada gembira pun ada.
"Sedih kerana saya akhirnya dapat capai hajat jurulatih dan capai hajat untuk membantu keluarga, namun saya gembira kerana dapat pingat dalam penampilan pertama saya," katanya.
Baru berusia 19 tahun, anak tunggal kesayangan ibunya, Hanariah Omar itu berhasrat melangkah lebih jauh dalam bidan olahraga.
"Harapan? Jadi pasukan Malaysia. Terpilih dalm pasukan ke Sukan Sea," ujarnya.
Armin turut memperbaharui catatan peribadinya pada pada saingan separuh akhir pagi tadi, dengan catatan 14.18s.
Beliau bagaimanapun tidak berjaya mengulangi pencapaian itu pada saingan akhir berikutan balapan yang basah akibat hujan lebat sebelum perlumbaan.
Dalam pada itu, pada acara 200M akhir wanita, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira sekali lagi 'memperkenalkan' dirinya setelah meraih pingat perak kedua peribadi dengan catatan 24.52s.