Lima Beranak Tinggal Sehelai Sepinggang di Awal Tahun Baharu

MARANG, 11 Januari - Lima beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus dijilat api dalam kejadian kira-kira jam 3 petang hari ini.

Tarmizi Musa, 43, berkata mereka empat beranak ketika itu sedang berehat di rumah di Kampung Atas Tol.

Katanya, mereka sekeluarga hanya mampu menyelamatkan diri dalam kejadian tersebut manakala anak sulongnya yang berumur 17 tahun masih belum pulang dari sekolah

“Saya sedar akan kebakaran diawalnya dan cuba untuk memadam kebakaran yang berpunca daripada litar pintas di tingkat atas namun api merebak terlalu cepat,.

"Apa pun saya bersyukur kerana kami semua selamat,” katanya.

Menyedari akan hal itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Dato' Mohd Nor Hamzah segera mengusahakan penempatan sementara buat mereka lima beranak di rumah tumpangan berdekatan.

Menurutnya lagi, pihaknya akan usahakan bantuan bina rumah melalui bantuan JKM dan MAIDAM secepatnya buat mereka sekeluarga.

 


Tag: