• 15 Nov 2024 | 13 Jamadil Awal 1446

Lokasi Balai Polis Di Laluan Utama



Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 22 Januari- Setiap perancangan untuk membangunkan balai polis dan ibu pejabatnya mestilah di tempat yang menjadi laluan utama.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, beliau sedikit kecewa dengan lokasi bangunan Ibu pejabat Balai Polis Daerah Dungun yang dibina di belakang bangunan lot-lot kedai yang menyukarkan orang ramai untuk berurusan.

"Di sini kita nampak fizikal bangunan tidak menepati moto 'Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada'

“Yang mana slogan tersebut mengambarkan hubungan erat antara pasukan keselamatan negara itu dengan anggota masyarakat maka perlulah selari dengan binaan bangunan," jelasnya.


Wan Hassan berkata demikian ketika berucap pada Program ‘Kampungku Selamat’ di Dewan Sivik Seberang Pintasan, baru-baru ini.

Pelancaran kempen tersebut turut dihadiri Ketua Polis Terengganu, Dato' Adli Ismail, Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang, ADUN Rantau Abang, Alias Harun dan Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.

Menurut Wan Hassan, pihaknya telah membangkitkan perkara tersebut ke Parlimen memandangkan sebagai sebuah agensi kerajaan yang terbesar ia menjadi tumpuan untuk rakyat berurusan.

Tag: