• 15 Nov 2024 | 13 Jamadil Awal 1446

Mayat Pertama Penuntut PSMZA Ditemui



Oleh: Nooreni Abu Bakar/ Foto: Ehsan Bomba

DUNGUN, 19 Januari –Mayat pertama kes lemas membabitkan empat penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang dilaporkan hilang dihanyutkan ombak ketika mandi-manda di Pantai Teluk Bidara, di sini Jumaat lalu, berjaya ditemui.

Mangsa Muhammad Zul Fahmi Zuki,21, yang berasal dari Kemaman ditemukan orang awam dalam keadaan terdampar di pesisir pantai berdekatan Pusat Peranginan Mayang Sari kira-kira 7.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah mengesahkan perkembangan itu.

Ketika ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan bagi mencari tiga lagi mangsa yang dikenali sebagai  Muhamad Luqman Hakim  Al Rasyid  Mohamed Sabarudin, Muhammad Zul Fahmi Zuki, Muhammad Ikhwan  Ahmad Azhan dan  Mohamad Amir Izzudin  Zulkiflee.

Tag: