MB Terengganu sempat beramah mesra bersama sebahagian anak negeri. |
Majlis yang berlangsung di TS Hotel yang pada awalnya dijangka dihadiri skala kecil anak rantau, menerima sambutan luar jangkaan anak-anak negeri di Johor.
Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua PERANTAU Johor, Zulkifli Ibrahim dan Presiden PERANTAU, Prof. Dr. Kamaruzzaman Yusoff yang mengalu-alukan kehadiran ramai serta menyeru penyertaan lebih ramai dalam persatuan untuk mengukuhkan muafakat anak negeri.
Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua PERANTAU Johor, Zulkifli Ibrahim dan Presiden PERANTAU, Prof. Dr. Kamaruzzaman Yusoff yang mengalu-alukan kehadiran ramai serta menyeru penyertaan lebih ramai dalam persatuan untuk mengukuhkan muafakat anak negeri.
Dr. Samsuri menjawab beberapa soalan daripada hadirin sambil diperhatikan Wan Sukairi (kiri) dan Dr. Kamaruzzaman (kanan). |
Dr. Samsuri ketika berucap pada majlis tersebut menyatakan rasa terima kasih atas sambutan yang diterima.
"Walaupun majlis petang ini akan menjadi pertemuan yang ringkas, tetapi anggaplah ini pertemuan kita yang pertama dan bukan yang terakhir.
"Insya-Allah, kita akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk bersama-sama dengan anak-anak Terengganu di perantauan terutamanya dari Johor ini," katanya.
Kehadiran anak rantau di luar jangkaan. |
Selain itu, anak-anak negeri berpeluang bersoal jawab bersama kepimpinan negeri yang memberi lebih maklumat dan penjelasan tentang pentadbiran Terengganu.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman serta Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.
Antara hadirin yang bertanyakan soalan. |