Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Dr Alias (tiga dari kiri) membuat gimik perasmian disakikan oleh Ustaz Kamaruzaman (kanan) Ustaz Ridzuan (dua dari kiri) dan Mohd Fazil. |
Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera Sejahtera (i-MiTS) Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, MKTS yang julung kali diadakan itu juga bertujuan supaya rakyat mengambil manfaat dari penyertaan pelbagai jabatan kerajaan dalam karnival tersebut.
Beliau berkata demikian di majlis perasmian mini karnival itu semalam.
Seorang pengunjung MKTS Kuala Nerus (dua dari kiri) menerima hadiah cabutan bertuah dari Dr Alias (dua dari kanan) |
Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Ustaz Ridzuan Hashim dan Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab.
Program yang dianjurkan oleh i-MiTS itu bermula kelmarin dan akan berakhir Sabtu ini.
Dr Alias menyampaikan ucapan peramian MKTS Kuala Nerus. |
Dijangka MKTS itu akan dihadiri oleh 10,000 pengunjung bagi menyaksikan pelbagai acara yang dianjurkan oleh i-MiTS.
Turut serta membuka 'booth' pameran, Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan lain-lain.
Lebih dari 10 buah 'booth' jualan dibuka oleh peniaga termasuk Soup Kedah, pakaian muslimah, minyak wangi, pelbagai makanan dan minuman.