My Ehsan Bantu Pelajar Miskin
Dr Nor Aeni beramah mesra dengan pelajar baru UMT -Foto ihsan Universiti Malaysia Terengganu |
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyediakan bantuan My Ehsan kepada penuntut baru yang kurang berkemampuan membayar yuran pendahuluan ketika proses pendaftaran kemasukan mereka.
Antara bantuan yang disediakan UMT menerusi My Ehsan itu termasuk wang saku, bantuan wang pembiayaan yuran pengajian dan dermasiswa.
Naib Cancelor UMT Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mohktar berkata, bantuan berkenaan diberikan bagi memastikan calon yang melanjutkan pengajian di universiti berkenaan dapat mendaftar seperti yang ditawarkan.
Katanya, penuntut yang tidak mampu menyediakan bayaran yuran pendahuluan kemasukan, tetapi ditawarkan melanjutkan pengajian diminta melaporkan diri mengikut surat tawaran.
“ UMT bersedia memberi bantuan sewajarnya untuk menyedia pendidikan terbaik kepada penuntut yang layak serta ditawarkan melanjutkan pengajian ke UMT.
“Jumlah sebenar pelajar yang tidak mampu membayar yuran hanya akan diketahui selepas selesai mereka membuat pendaftaran bermula kelmarin (Isnin) dan berakhir Sabtu ini,” katanya.
Dato’ Dr Nor Aieni, berkata bagi sesi kemasukan kali ini, seramai 2,782 tawaran dikeluarkan berbanding hanya 2,485 tawaran pada tahun 2016, dan sepanjang tiga hari bermula hari ini, pelajar baharu (ijazah sarjana muda) akan hadir mendaftar diri.
Katanya, penawaran peluang melanjutkan pengajian meliputi 27 program pengajian yang ditawarkan iaitu 76 peratus bidang sains dan 24 peratus bidang sains sosial.
“Tahun ini UMT turut menerima lima pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), pasangan kembar , Nur Fatma Hasni Majid dan Nur Fatma Husna yang juga pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Sekolah Menengah Belara.
“Di samping itu, seramai 17 pelajar antarabangsa dijangka mendaftar bagi program pengajian sarjana muda, kebanyakannya dari Timur Tengah,”ujarnya dalam dalam satu kenyataan