Pentadbiran Masjid Perlu Lapor Jika Ada Ajaran Meragukan - Sultan Mizan
Nikmati Masakan Peranakan Di Restoran Mek Awang
Teringin menikmati keenakan masakan peranakan, anda kini tidak perlu lagi bersusah ke Melaka tetapi boleh berkunjung ke Restoran Mek Awang di Kampung Cina, Kuala Terengganu.
Bukan hanya masakan, malah restoran ini turut menampilkan suasana seolah-olah anda berada di perkampungan Baba Nyonya apabila kehadiran disambut dengan senyuman manis penyambut tetamu berkebaya.
Pengurusnya, Ashley Kuan berkata, penubuhan Restoran Mek Awang awal Februari lalu bukan kerana keuntungan semata, tetapi lebih kepada memaparkan keunikan kehidupan masyarakat
Cina Peranakan Terengganu yang telah bertapak di negeri ini sejak beratus tahun dahulu.
Cina Peranakan Terengganu yang telah bertapak di negeri ini sejak beratus tahun dahulu.
“Komuniti ini digelar Mek dan Awang kerana kehidupan seharian mereka seakan-akan sama dengan kehidupan harian masyarakat Melayu. Mereka fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan loghat Terengganu, selain makan menggunakan tangan dan memakai kain batik dan kebaya seperti bangsa Melayu.
“Restoran peranakan dengan sentuhan Melayu ini bukan sahaja berkongsi kelazatan makanan kaum Cina keturunan Baba Nyonya di Terengganu bahkan keunikan cara hidup masyarakat tersebut turut dipertontonkan khususnya kepada pelancong luar,” ujarnya.
Katanya, orang ramai terutama yang belum pernah mencuba masakan peranakan berpeluang untuk menikmati pelbagai pilihan menu termasuk Laksa Nyonya, Kay Hong (Ayam Kicap) serta Kay Pacok hasil kepakaran tukang masak Melayu yang mahir dalam masakan Baba Nyonya.
Menurut beliau, selain menu peranakan, restoran yang beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 12 malam setiap hari kecuali Rabu ini menyediakan lebih 15 menu menarik termasuk hidangan tradisi Terengganu seperti Keropok Lekor dan Laksam Terengganu.
“Tidak ketinggalan beberapa pilihan makanan lain seperti pencuci mulut dan pelbagai jenis air buah-buahan segar serta minuman lain yang turut menjadi sebahagian daripada menu restoran berkonsepkan santai ini,” ujarnya.
Katanya, restoran yang mampu memuatkan 60 pelanggan pada satu-satu masa ini juga menawarkan harga berpatutan antara RM8.90 hingga RM16.90 setiap hidangan.
Dengan kehebatan rumah kayu cengal lama diubah suai, ditambah susunan pintu rumah lama yang dilekatkan di satu sudut dinding restoran serta hiasan bot, beca dan lesung lama, pastinya memberikan suatu kedamaian ketika menjamu selera di restoran ini.