Pemecah Ombak Merchang Bakal Rancakkan Eko Pelancongan

MARANG, 16 Julai - Penduduk Merchang digesa mengambil peluang apabila pemecah ombak sungai Merchang siap dibina dan dijangka akan merancakkan lagi eko pelancongan di kawasan terbabit.

Timbalan Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Sulaiman Sulong berkata peluang tersebut perlu direbut kerana  ia akan mendatangkan limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan,

"Saya marah kalau orang sini tidak ambik peluang (contohnya )Merchang Glamping Park sentiasa menerima kehadiran penuh tiap-tiap minggu sehinggakan lot kedai yang sedang dibina pun sudah habis ditempah.

“Sesiapa ada tanah, buatlah Homestay disini," ujarnya di program Bicara Maal Hijrah Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan, di Masjid Lama Merchang, di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, Sulaiman berkata pemecah ombak sedang dibina di muara Merchang itu bertujuan bagi mengatasi masalah air cetek, sehingga menyebabkan aktiviti pelayaran terpaksa dihadkan.

“Namun selepas masalah tersebut berjaya diselesaikan, kita akan melihat kembali kesibukan keluar masuk bot di muara sungai ini", ujarnya.