Penjawat Awam Disaran Solat Dhuha
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kakitangan Wisma Darul Iman sudah lama melaksanakannya dan tempoh yang dibenarkan adalah bermula dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.
Menurutnya, dalam tempoh yang dibenarkan itu, kakitangan kerajaan dibenarkan untuk solat Dhuha dan mengaji di surau yang disediakan.
“Kebiasaannya Solat Dhuha mengambil masa 10 minit sahaja, jadi ia tiada masalah kerana bukannya ambil masa yang lama
“Perkara sunat ini sudah lama diamalkan penjawat awam di Wisma Darul Iman dan saya menyarankan agar jabatan-jabatan lain melakukan perkara sama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu dan Apresiasi Kecemerlangan SPM, STPM, STAM dan Guru-Guru Akram Tahun 2016 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini
Menurutnya, oleh itu, penjawat awam sewajarnya mengambil peluang ini untuk bersama-sama mendapat keberkatan dan syafaat dhuha.
“Jangan ada yang ambil kesempatan kerana masa yang diberikan adalah terhad iaitu 10 minit sahaja. Selain itu, jika ada jabatan yang ingin melaksanakannya, mereka mestilah menyediakan tempat yang bersesuaian.