Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
KUALA TERENGGANU, 22 Januari – Rakyat Terengganu disarankan mengekalkan perpaduan dan silaturrahim termasuk warisan kebudayaan tanpa mengira agama dan bangsa bagi memelihara keamanan dan kenikmatan yang sedia ada.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata semua peringkat perlu membuka lembaran baru silaturrahim yang lebih erat antara kaum untuk memupuk elemen-elemen ini bagi menjayakan Terengganu yang Maju, Berkat dan Sejahtera untuk seluruh rakyat.
Katanya, dalam Islam sebagai agama rasmi dalam negara ini turut mengajar bahawa Tuhan sentiasa menyuruh ummatnya supaya saling berkenal-kenalan, berbaik-baik, kenal budaya antara satu sama lain.
“Sempena dengan Tahun Baru Cina pada kali ini, saya difahamkan dalam kalendar Cina ada 12 jenis haiwan dan kalendar tikus ini adalah yang pertama dalam pusingan atau permulaan. Maka, marilah kita jadikan tarikh ini sebagai tahun permulaan kepada bermulanya perpaduan yang lebih erat dikalangan semua kaum dalam negara kita.
"Dalam seluruh negara kita, daripada Sabah, Sarawak , di Semenanjung , Kuantan, Johor sampai ke Perlis , saya fikir nikmat keamanan dan perpaduan serta persaudaraan yang paling besar boleh dirasai antaranya adalah di Terengganu ini, dimana kita saling bersahahabat, bersaudara, saling bersilaturrahim antara satu sama lain,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Tiong, Kuala Terengganu.
Turut hadir Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah; Penasihat Dewan Tionghua, Tan Sri Wong Fong Meng, , Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandran, Presiden Dewan Perhimpunan Tiong Hua Terengganu, Tan Beng San dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Cina, Jefri Chua.
Beliau turut berharap semoga Tahun Baru yang disambut bersama-sama ini akan menjadikan suasana yang lebih baik antara semua pihak dan membantu usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri dipelbagai peringkat pimpinan dalam menjayakan hasrat untuk menjadikan negeri Terengganu sebuah negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera.
“Apa yang kita capai ini perlulah sama-sama kita pertahankan, tak kira orang Melayu, India dan Cina, tak kira Islam, ataupun bukan Islam, ini adalah negeri kita bersama yang kita semua kena berusaha gigih bagi menjadikan negeri kita negeri yang terbaik untuk didiami dan dikunjungi oleh semua orang,” ujarnya,