lightning-solid
Berita :
Pusat Koreksional Dungun Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama IPD Dungun
Pusat Koreksional Dungun Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama IPD Dungun
Amiirullah Mansor
7 jam yang lepas
83

DUNGUN, 27 Julai – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pusat Koreksional Dungun, PKP Ahmad Ikhwan Naim Mohd Zin, bersama enam anggota pusat koreksional berkenaan.

Ketibaan delegasi tersebut disambut oleh Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat, serta pegawai kanan IPD Dungun.

Menurut hantaran di laman Facebook Polis Dungun, kunjungan itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuhkan jaringan kerjasama antara kedua-dua agensi keselamatan serta penguatkuasaan di daerah berkenaan.

Pertemuan tersebut turut menjadi platform untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dan membincangkan cabaran semasa berkaitan keselamatan, ketenteraman awam serta kesejahteraan masyarakat.

Kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pusat Koreksional Dungun dilihat penting bagi memastikan setiap tindakan dan gerak kerja dapat diselaraskan dengan lebih tersusun, bersepadu dan berkesan.

Kunjungan berkenaan juga mencerminkan komitmen kedua-dua agensi dalam memperkukuhkan ekosistem keselamatan menerusi semangat “Satu Hati, Satu Aspirasi”, sekali gus memastikan kestabilan serta keharmonian masyarakat di daerah Dungun terus dipelihara.

Jalinan kerjasama tersebut diharapkan dapat terus diperkasakan dan menjadi pemangkin kepada hubungan antara agensi yang lebih kukuh serta berimpak tinggi dalam melaksanakan amanah demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.


Tag :

Artikel Berkaitan