• 15 Nov 2024 | 13 Jamadil Awal 1446

Sahabat Amanah Ikhtiar Perlu Terap Tiga Perkara


Oleh: Aslam Wira

MARANG, 23 Januari - Sahabat Amanah Ikhtiar perlu menerapkan tiga perkara penting dalam diri iaitu usaha, amanah dan tanggungjawab sebagai asas penting untuk menjadi peserta berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Isteri Menteri Besar Terengganu, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata, pertama adalah usaha di mana setiap sahabat perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan pekerjaan atau perniagaan sebagaimana matlamat pinjaman tersebut dipohon.

Katanya, sahabat juga harus bersikap amanah, yakni menggunakan sebaiknya wang pinjaman atau peruntukan yang diberikan jangan digunakan wang itu untuk hal-hal yang tidak sepatutnya.

“Bertanggungjawab juga adalah perkara sangat penting di mana sahabat tidak boleh membebankan sahabat lain ketika sesi pembayaran balik dan sebagainya.


“Dalam amanah ikhtiar, setiap sahabat perlu berkerjasama dalam setiap kumpulan dan menjaga antara satu sama lain dan ini memerlukan kepercayaan yang besar antara saru sama lain, “ katanya.

Tuan Faizah berkata ketika mengunjungi tiga buah pusat Amanah Ikhtiar di sekitar Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, melibatkan tiga buah kampung iaitu Pulau Kerengga, Seberang Marang dan Gong Beris, semalam.

Turut hadir adalah Petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Rhu Rendang, dan Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (Halwa) Dun Rhu Rendang.

Beliau yang juga Pengerusi Wakil Rakyat (Khairunnisa)Terengganu sempat menziarahi tiga keluarga masyarakat cina tionghua sempena menjelang Tahun Baru Cina yang akan menjelang tidak lama lagi.


Tag: