• 15 Nov 2024 | 13 Jamadil Awal 1446

Sembilan Orang Dijangkiti Influenza Di Setiu, Terengganu

Foto ihsan - Google
KUALA  TERENGGANU, 13 Januari - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu  merekodkan dua  kluster penyakit seperti influenza (ILI) dengan seramai sembilan individu dijangkiti influenza dalam kluster itu pada 5 dan 7 Januari 2020 di daerah Setiu.


Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, data itu diperoleh berdasarkan pengawasan yang dijalankan pihaknya di klinik sentinel terpilih di seluruh negeri itu.

“Seramai sembilan orang dilaporkan dijangkiti influenza bagi kluster tersebut.  Di mana  terdapat lima kes positif influenza A dan tiga kes positif influenza B melibatkan mangsa yang berusia antara tiga dan 38 tahun yang kini dilaporkan stabil.

“Kesemua kes telah disahkan oleh fasiliti swasta dan telah diberi rawatan  Tamiflu.Keadaan semua kes adalah stabil dan Kluster ILI ini dalam keadaan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Setiu akan terus memantau kejadian ini.

Justeru itu, orang awam dinasihatkan untuk menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan serta patuh kepada etika batuk dan bersin.

Masyarakat juga dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan. Manakala bagi golongan berisiko dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin influenza di klinik swasta.


Tag: