• 14 Nov 2024 | 12 Jamadil Awal 1446

Sentiasa Pantau Penggunaan Telefon Anak



Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 28 Januari- Ibu bapa dinasihatkan agar berhati-hati jika menghadiahkan telefon pintar kepada anak-anak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, mereka perlu sentiasa memantau penggunaannya untuk memastikan anak-anak tidak menyalahgunakan pemberian tersebut ke jalan yang salah.

"Anak-anak perlu dipantau, sebab dengan telefon dunia adalah hanya di hujung jari anak-anak, didik anak untuk menggunakan telefon kepada kebaikan dan tidak melalaikan," pesannya.

Alias berkata demikian ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Kampung Burung Baru di sini, baru-baru ini.

Seterusnya beliau turut mengharapkan para bapa agar tidak datang ke masjid bersendirian.

" Bawalah anak-anak lelaki ke masjid, berjemaah bersama dan kalau ada kuliah, kita sama-sama dengar supaya kita jadi orang yang berilmu, dengan ilmu kita beramal,

" Jadikan program ke masjid surau, program bersama keluarga, tidaklah kita mari ke surau, tapi anak-anak tidak tahu ada di mana, sedang buat apa," katanya lagi.


Tag: