Jalur Gemilang
Berita :
Simpang Batu 29 Bakal Dilebarkan, Usaha Kurangkan Risiko Kemalangan
Simpang Batu 29 Bakal Dilebarkan, Usaha Kurangkan Risiko Kemalangan
Nik Muhammad Ziyad Nik Abdul Ghafar
4 jam yang lepas
92


SETIU, 17 September — Simpang Batu 29, Kampung Sungai Bari bakal dilebarkan susulan seringkali terjadi kemalangan akibat ketiadaan lorong susur untuk kenderaan dari arah Bandar Permaisuri untuk memasuki simpang

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir, berkata usaha itu sebagai langkah awal bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan tersebut lebih terjamin.

Menurut beliau, usaha berkenaan adalah susulan sesi turun padang yang dijalankan pada Julai lalu bersama Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu, Jurutera Daerah (JD) JKR Setiu, serta pihak berkepentingan yang lain.

"Beberapa tindakan telah dipersetujui bagi menambah baik keadaan simpang tersebut dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

"Menurut maklum balas terbaru, simpang berkenaan akan dilebarkan," kata beliau menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.



Beliau menambah, satu perjumpaan susulan bersama semua pihak yang terlibat juga dijadualkan berlangsung pada bulan ini bagi melihat perkembangan tindakan serta mencari penyelesaian terbaik.

Usaha penambahbaikan di Kampung Sungai Bari itu diharapkan dapat mengurangkan risiko kemalangan secara signifikan sekali gus menjadikan laluan Batu 29 lebih selamat untuk semua pengguna jalan raya.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan