Oleh : Nooreni Abu Bakar
MARANG, 14 Ogos - Madrasah Darul Iman (MDI) di sini, mengambil inisiatif mengadakan sistem 'kutu' bertujuan membantu guru madrasah itu menyertai Program Korban pada setiap tahun.
Timbalan Mudir I MDI yang juga Penasihat Program Qurban Dan Aqiqah MDI, Ustaz Ahmad Buniyamin Razimin berkata, kutipan kutu secara bulanan yang akan dimulakan pada September nanti adalah pertama kali diperkenalkan.
"Alhamdulillah untuk mereka seekor lembu berjaya diqurbankan, ini satu kelainan yang kita buat pada tahun ini memandangkan mereka kurang berkemampuan.
“Sejumlah enam ekor lembu dan sembilan ekor kambing dikorbankan pada tahun ini berbanding empat ekor lembu pada tahun lepas.
“Hampir keseluruhan daging disumbangkan kepada pihak MDI dan kelas tuisyen sebagai hidangan tengahari pelajar-pelajar Tahun Lima dan Tahun Enam yang mengikuti untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam(UPSRI) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR). , " ujarnya.