Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
KUCHING, 20 Ogos - Sepanjang tiga hari sukan menembak berlangsung, pasukan Terengganu telah meraih empat pingat Perak dan satu pingat gangsa.
Jurulatih pasukan, Nazihan Harun setakat ini berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya.
"Apa yang kita rancang setakat ini berada di landasan yang betul.
"Cuma saya harap momentum ini diteruskan pasukan dan cuba buat yang terbaik untuk dapatkan emas pada acara berikutnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian pingat di Lapang Sasar Menembak Petra Jaya, petang semalam.
Membariskan 17 atlet muda dalam temasya kali ini, Nazihan melihat perkembangan positif dalam pasukan.
"Ada acara yang disasarkan gangsa, kita beroleh pingat perak jadi saya mengharapkan sokongan dan doa rakyat Terengganu supaya pingat emas dapat dijelmakan," katanya.