Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
KUALA NERUS, 20 Ogos - Suasana di Dewan Arena, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) gamat setelah skuad Ping Pong lelaki dan wanita Terengganu melangkah ke suku akhir dengan bergaya.
Dalam acara berpasukan perempuan, Terengganu menunjukkan taringnya dengan kemenangan mutlak 5-0 ke atas Wilayah Persekutuan.
Prestasi hebat ini melayakkan mereka mara ke peringkat suku akhir dan mereka akan berentap dengan pasukan Pahang, esok.
Bukan sahaja berjuang demi kejayaan, pasukan ini juga membawa harapan seluruh negeri Terengganu.
Tidak mahu kalah, pasukan lelaki Terengganu mempamerkan aksi penuh semangat dan disiplin tinggi dengan menumpaskan Perlis juga 5-0.
Dengan langkah penuh yakin, pasukan ‘Penyu’ mara ke suku akhir dan akan bertemu Negeri Sembilan dalam perlawanan yang dijangka lebih sengit esok.
Sementara itu, bagi kategori ping pong perempuan, negeri-negeri yang layak ke peringkat suku akhir adalah Selangor akan berentap dengan Kelantan, Johor bakal berhadapan dengan Perak dan Kedah akan bertemu dengan Negeri Sembilan.
Bagi acara lelaki pula, Kedah akan bertemu Selangor, Pahang akan berentap dengan Johor, dan Perak akan bertarung dengan Kelantan di peringkat suku akhir.