Suburkan Amalan Wakaf



Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 24 September-Umat Islam diseru menyuburkan amalan wakaf kerana amalan murni tersebut mewujudkan manfaat yang berterusan selain pahala daripada perbuatan (berwakaf) berkenaan akan mengalir selama mana objeknya tidak luput.

Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli berkata, inisiatif penubuhan Madrasah Raudhatul Ulum Al Musthof di atas tanah wakaf Almarhum Tuan Guru Haji Mustafa Husin harus dijadikan contoh oleh orang ramai selain merebut peluang untuk berwakaf.

Merangkap Penasihat 1 madrasah tersebut, Wan Hassan berkata, fasa I penubuhan madrasah berkenaan melibatkan sebuah bangunan satu tingkat dimana menjadi pusat ilmu masyarakat setempat disamping Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam(PASTI) dan Kelas Fadhu Ain(KAFA).


“Orang ramai diharap akan bersama-sama menyumbang sambil mewakafkannya untuk membina dan menyiapkan fasa II madrasah ini yang terdiri daripada bangunan tempat belajar, asrama dan rumah warden.

"Semoga Kampung Tok Kah ini akan menjadi kampung yang subur dengan ilmu dan hidup bermasyarakat dengan ditunjangi ilmu," ujarnya ketika melancarkan Tabung Dana Tanah Wakaf Fasa II Madrasah Raudhatul Ulum Al Musthofa di Kampung Tok Kah , baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun dan Penghulu Mukim Abang, Abd Ghaffar Abu Bakar.

Sementara itu, Pengerusi madrasah tersebut, Mohd Nor Harun menjemput orang ramai yang berminat untuk menyumbang dengan mewakafkan lot-lot yang bernilai RM10, RM50 dan RM100 dengan menghubungi beliau di nombor 0135312287 atau menyalurkannya ke akaun  Madrasah Raudhatul Ulum Al-Musthofa, akaun Maybank bernombor 563091021597.

Tag: