SUKMA 2018: Terengganu Terus Dahului Kutipan Pingat





IPOH- Terengganu terus mendahului senarai pungutan pingat pada hari ketujuh  temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Perak

Setakat jam 3 petang hari ini, kontinjen itu telah mengumpul 21 pingat emas, 20 perak dan 19 gangsa  menjadikan keseluruhan kutipan 60 pingat.

Pesaing terdekat adalah Wilayah Persekutuan dengan kutipan pingat emas (17),  perak (12) dan gangsa (15)diikuti pasukan tuan rumah iaitu Perak dengan catatan pingat emas (13),  perak (18) dan kutipan gangsa sebanyak 19 pingat

Kejayaaan membanggakan itu disokong dengan  kekuatan acara berbasikal  yang mampu mengutip 7 pingat emas, 7 (perak) dan  1 gangsa dengan keseluruhan 15 pingat, dikuti acara judo emas (5), perak (4) dan gangsa (4).

Acara lain adalah angkat berat  menyumbang pingat emas (3), perak (2) dan gangsa 2 pingat

Manakala penyumbang 3  pingat emas untuk  hari ini adalah dalam acara berbasikal BMX bagi lelaki dan perempuan dan satu pingat emas bagi acara menembak.  


Tag: