SHAH ALAM, 22 Ogos - Terengganu membuktikan keunggulan pelayaran apabila mengutip dua pingat emas, lima perak dan satu gangsa pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.
Kejayaan mengumpul keseluruhan lapan pingat itu, menyaksikan Terengganu dinobatkan sebagai juara keseluruhan sukan pelayaran.

Skuad pelayaran negeri itu turut meraih lima perak menerusi Int. 420 wanita, ILCA 6 wanita, ILCA 4 lelaki, ILCA 4 wanita dan Optimist Team Race.
Manakala, satu lagi pingat gangsa hadir menerusi acara ILCA 7 lelaki.

Namun, pencapaian itu tidak menjejaskan dominasi keseluruhan skuad pelayaran negeri apabila berjaya mengutip pingat dalam lapan daripada 10 acara yang dipertandingkan.