• 15 Nov 2024 | 13 Jamadil Awal 1446

Sultan Mizan Solat Jumaat Di Masjid Banggol Katong

Sultan Mizan (tengah) bersalaman dengan pegawai dan kakitangan Masjid Banggol Katong Serada Kuala Terengganu diiringi Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan).

KUALA TERENGGANU, 24 Januari – Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mencemar duli berangkat menunaikan solat jumaat di Masjid Kampung Banggol Katong Serada di sini hari ini.

Baginda diiringi oleh Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Zahari Md. Azahar.

Turut mengiringi baginda, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato’ Osman Muda.
MB (kanan) bersalaman dengan Dato' Osman (kiri) diperhatikan oleh Ustaz Ariffin.

Baginda berangkat pulang setelah selesai menunaikan solat jumaat di masjid berkenaan diiringi Dr Ahmad Samsuri dan Mohd Zahari.

Sebelum berangkat baginda sempat bersalaman dengan kepimpinan negeri, ahli jawatankuasa masjid dan ahli jemaah masjid itu.

Dr Ahmad Samsuri turut beramah mesra dengan jemaah dan bersalaman dengan mereka selepas mengiringi ke bawah duli Sultan Mizan ke masjid berkenaan.

Kira-kira 800 orang jemaah setempat menunaikan solat jumaat di masjid itu hari ini.

 
Antara 800 orang jemaah yang menunaikan solat jumaat di Masjid Kampung Banggol Katong Serada Kuala Terengganu.


Tag: