Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
Syahmi Buktikan Autisme Bukan Halangan Untuk Cemerlang
Syahmi bersama ibu, Hayani dan bapanya, Samsul Muariff melihat keputusan yang diperolehi. |
Beliau yang memperoleh keputusan 7A1B1C menyifatkan kekurangannya bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan di peringkat lebih tinggi.
"Jangan anggap kekurangan sebagai kelemahan, buktikan pada orang lain orang istimewa macam kita ini boleh berjaya sekiranya mendapat sokongan moral daripada ibu bapa dan rakan-rakan.
"Sebenarnya dalam konteks cara untuk berjaya ini bergantung kepada individu. Bagi saya untuk SPM ini, saya belajar sejak Tingkatan Empat kerana ada topik yang berhubung kait dengan subjek Tingkatan Lima yang ramai terlepas pandang jika dianggap remeh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima Calon Terbaik CBK di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, di sini.
Pengarah Pendidikan Negeri, Salim Ab. Ghani menyampaikan sijil penghargaan kepada Syahmi. |
"Saya bersyukur sebenarnya kerana SMK Panji Alam telah melaksanakan amalan solat dhuha setiap hari pada waktu rehat," katanya.
Bercerita tentang perancangannya, Syahmi berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Kesihatan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam pengkhususan farmasi.
Sementara itu, ibunya, Hayani Zakaria, 54, melahirkan rasa kesyukuran atas kejayaan anak bongsunya itu.
"Alhamdulillah, selesai satu peringkat dalam kehidupan anak istimewa saya. Bukan senang menjadikan dia di antara yang terbaik, bukan mudah.
"Sesiapa yang ada anak seperti ini, perlu beri dorongan dan berlapang dada dengan anak-anak ini kerana sebenarnya, masalah besar dalam mengatasi anak-anak autisme adalah ibu bapa yang bersikap 'denial' (sentiasa menafikan)," katanya.
Syahmi menunjukkan keputusan SPM yang diperolehinya. |