• 08 Sept 2024 | 4 Rabiul Awal 1446

Tazkirah Di Pejabat MDB Dapat Sambutan

Tazkirah di bilik gerakan pejabat majlis daerah Besut.


Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT, 18 April - Tazkirah kepada kakitangan Pejabat Majlis Daerah Besut (MDB) mendapat sambutan baik apabila sekitar 40 kakitangan Majlis Daerah Besut hadir memenuhi bilik gerakan Pejabat MDB.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, tazkirah merupakan antara jalan terbaik untuk berkongsi dan mendapatkan ilmu.

Jelasnya, anggota kerja yang berilmu akan membuahkan hasil kerja yang berkualiti tinggi.

“Ilmu yang memberi manfaat bermula dengan kita faham apa yang diajar kerana amal tanpa ilmu boleh menyebabkan sia-sia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah di Pejabat MDB, hari ini.
Wan Azhar Wan Ahmad.

Dalam sesi tazkirah itu, Wan Azhar turut mengingatkan para pekerja agar memanfaatkan masa lapang dengan mengenali peribadi Nabi dengan lebih dekat.

“Antara perkara paling penting ialah kita mengambil ruang mengenali latar belakang kehidupan nabi agar kita dapat melahirkan rasa cinta akan baginda.

“Apabila kita melakukan sesuatu perkara, pastikan ia boleh membantu kita di akhirat,” tambah beliau.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Pejabat MDB untuk merancakkan perkongsian ilmu dalam kalangan pekerja.




Tag: