Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Development Management (TDM) Berhad dijangka bakal melancarkan Model Transformasi TDM Baharu (TTB) dan Anugerah Kualiti, pada Isnin ini (27 Februari).
Pelancaran model transformasi ini dilihat seiring dengan gagasan kerajaan negeri iaitu Transformasi Terengganu Baharu (TTB) merangkumi prinsip integreti, disiplin, seruan perpaduan dan inklusif yang dilihat sangat relevan dengan strategi perniagaan TDM.
Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad, Dato' Mohamat Muda berkata, misi TDM adalah untuk menjadi model kepada warga korporat, penambah kekayaan kepada pemegang saham dan juga untuk meningkatkan kesejahteraan semua masyarakat di sekeliling mereka.
“Objektif utama kami adalah untuk mencapai pemodalan pasaran sebanyak RM 2 billion danmembayar dividen tahunan sebanyak RM 100 juta.
“Dengan pencapaian tersebut, harapan kamiadalah untuk menjadi diantara 100 syarikat teratas di Bursa Malaysia,”katanya.
Tambahnya, dengan perancangan yang jelas dan teratur, pihaknya juga yakin untuk mencapai objektif pada 2022 nanti.
Model TTB TDM ini dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Hotel Permai, Kuala Terengganu, kira-kira jam 2 petang.