KUALA TERENGGANU, 24 Jun - TDM Berhad terus memperkukuh komitmennya dalam pembangunan komuniti menerusi program TDM Bersama Masyarakat Paka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM, Najman Kamaruddin berkata, seramai 155 keluarga di DUN berkenaan menerima manfaat menerusi pemberian bantuan tunai sebagai sokongan kepada keperluan harian mereka.
“Program ini melibatkan sumbangan bantuan tunai bernilai RM150 setiap seorang, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan TDM dalam membantu golongan yang memerlukan menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Mengulas lanjut katanya, penglibatan sektor korporat dalam program kemasyarakatan memainkan peranan penting dalam memperkukuh jaringan sokongan sosial serta melengkapkan usaha kerajaan membantu golongan yang memerlukan.

“Program seperti ini mencerminkan komitmen kami untuk terus menyokong kesejahteraan komuniti melalui inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada golongan yang memerlukan,” ujarnya.
Tag :