TFC dalam satu kenyataan hari ini memberitahu sebelum bermulanya majlis berkenaan, pada sebelah pagi akan diadakan kejohanan cabaran e-sport, pameran, jualan jersi rasmi TFC dan juga pesta makanan anjuran komuniti trak makanan.
Acara perasmian majlis dan pelancaran jersi serta pemain akan dimulakan tepat jam 5.00 petang.
Acara perasmian majlis dan pelancaran jersi serta pemain akan dimulakan tepat jam 5.00 petang.
Musim ini naib juara Piala Malaysia 2018 itu mempertaruhkan dua awang import baharu iaitu penyerang, Dominique Da Sylva dan pertahanan dari Senegal, Babacar Diallo.
Selain pemain tengah Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov dari Uzbekistan yang terus dikekalkan skuad Peteh Terengganu Peteh itu.
Selain bintang import yang bakal diperkenalkan, peminat setia turut dapat saksikan pemain terbaik Liga Singapura 2019, Faris Ramli serta barisan pemain tempatan yang lain.