Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
KUALA TERENGGANU, 16 Januari- Terengganu dijangka memperoleh bayaran wang tunai petroleum sekurang-kurangnya RM700 juta pada bulan Mac depan.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bayaran itu adalah perolehan pertama bagi tahun ini.
Katanya, bayaran wang royalti minyak dibuat sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September, ia dibayar separuh-separuh.
“Apa yang akan diterima itu nanti adalah kiraan kasar sebelum pemotongan hutang sebanyak 25 peratus.
"Oleh itu kita jangka bulan Mac nanti tanpa pemotongan kita dapat dalam RM700 juta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.