Jalur Gemilang
Berita :
Terengganu, Kedah Sengit Buru Momentum Awal
Terengganu, Kedah Sengit Buru Momentum Awal
Ahmad Zaeem Zainudin
1 jam yang lepas
55

KUALA NERUS, 19 Oktober - Kontinjen Terengganu dan Kedah kini mengikat kedudukan dalam pungutan keseluruhan pingat bagi Sukan Empat Negeri 2026 dengan masing-masing meraih satu emas dan satu perak setakat ini.

Kedua-dua kontinjen itu berkongsi kedudukan teratas dengan 16 mata dalam acara kedua sukan dwi tahunan ini, meninggalkan Johor di tempat ketiga dengan enam mata, manakala Kelantan mengumpul dua mata.

Terdahulu, Kedah muncul juara acara boling padang selepas memenangi ketiga-tiga perlawanan yang berlangsung di Arena Lawn Bowls, KSNT, hari ini, sekali gus meraih pingat emas, manakala Terengganu membawa pulang perak dan Johor gangsa.

Dalam saingan yang melibatkan tiga sesi itu tadi, Terengganu terlebih dahulu menewaskan Kelantan 5-0 pada sesi pertama, manakala Kedah turut mencatat kemenangan 4-1 ke atas Johor.

Bagaimanapun, Kedah bangkit pada sesi kedua dengan menewaskan Terengganu 3-2, sebelum meneruskan rentak kemenangan menerusi kejayaan 4-1 ke atas Kelantan pada sesi ketiga.

Terengganu pula menutup saingan dengan bergaya apabila membenam Johor 5-0 pada perlawanan terakhir.

Walau bagaimanapun, keputusan itu tidak mencukupi untuk memintas Kedah yang mengekalkan rekod kemenangan sempurna dalam ketiga-tiga perlawanan.

Secara keseluruhan, Kedah dengan rekod kemenangan bersih muncul juara, manakala Terengganu mencatat dua kemenangan daripada tiga perlawanan bagi menduduki tempat kedua.


Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan