• 17 Sept 2024 | 13 Rabiul Awal 1446

Terengganu Mahu Wujud Hab Nangka Madu

  
Ahmad Razif menunjukkan nangka madu milik peserta RTB Pelong
  

Kerajaan negeri berhasrat menjadikan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) kawasan seluas  32 hektar di Kampung Pelong, Setiu  sebagai menjadi hab pertanian pengeluaran nangka madu  di Terengganu.


Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bagi merealisasikan hasrat penduduk setempat, peruntukan Bajet 2018 akan ditambah.


Katanya, kerajaan turut meluluskan tanah  terbiar seluas 250 hektar berdekatan di RTB itu bagi membuka ladang nangka baharu sekaligus  mampu memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai pendutuk setempat termasuk golongan siswazah menganggur.


“Pada peringkat permulaan, kita akan berikan mereka Lesen Menduduki Sementara seterusnya akan menjadi hak milik dengan bersyarat jika tanaman berjaya diusahakan.

“Jabatan Pertanian Negeri Terengganu turut  bersedia membantu peserta RTB  dengan  menyediakan infrstruktur, bimbangan, anak benih dan pemasaran nangka, “ katanya
Beliau berkata  demikian kepada pemberita selepas Perasmian RTB Nangka Madu di Kampung Pelong, Setiu, semalam.


Hadir sama, Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap Dato’  Sabri Mohd Nor dan ADUN Jabi Mohd Iskandar Jaafar.

Ahmad Razif turut memberitahu,  kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi mengenal pasti industri hiliran yang sesuai dihasilkan daripada pengeluaran nangka madu.


"Ini termasuk kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin dalam menyediakan nangka dalam 'vacum pack',  menghasil kerepek dan penjualan produk secara dalam talian.


“Tanaman nangka madu di RTB berupaya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan kini ada di antaranya berjaya meraih pendapatan lumayan antara RM1,500 hingga RM3,000 sebulan,”katanya.

Tag: