KUALA NERUS, 19 Oktober - Kontinjen Terengganu memulakan kempen Sukan Empat Negeri 2026 dengan langkah kanan apabila muncul juara bagi acara permainan dart.
Terdahulu, Terengganu menewaskan Kelantan 5-0, Kedah 4-1 dan Johor 3-2 untuk mengumpul sembilan mata, sekali gus menduduki tangga teratas carta keseluruhan.

Dalam perlawanan yang berakhir tepat jam 11.30 malam itu tadi, dua dart terakhir Terengganu, bidikan tepat daripada Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil mengenai skor single 8 untuk melengkapkan checkout dengan bergaya.

Manakala, Kedah berjaya menduduki tempat kedua, diikuti Johor di tempat ketiga dan Kelantan di tangga keempat.

Saingan dijadualkan untuk diteruskan esok menerusi peringkat kalah mati acara boling padang serta perlawanan separuh akhir bagi acara bola sepak.