Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Ustaz Mohd Nor (kiri) memperkatakan sesuatu ketika menemui dua wakil kaum Uyghur di Kediaman Seri Iman Batu Burok Kuala Terengganu. |
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah mewakili Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyambut ketibaan mereka di Kediaman Seri Iman Batu Burok di sini hari ini.
Mereka itu ialah Ketua Lujnah Penerangan Kesatuan Ulama Turkistan Timur beribu pejabat di Turki, Abdul Varis Hoten dan Presiden Persatuan Turkistan Timur di Austaralia, Nurmuhammad Majid.
“Di masa akan datang kita (kerajaan) cuba mengadakan seminar yang lebih baik dan lebih besar untuk kita bagi ruang kepada rakyat Terengganu untuk mendapat maklumat tentang perkembangan sahabat-sahabat kita (di luar negara),” jelas Ustaz Mohd Nor.
Katanya mereka terbabit akan mengikuti program yang sedang disusun di masjid-masjid terpilih di sekitar negeri Terengganu beberapa hari akan datang bermula hari ini.
“Ini adalah pertemuan pertama dan kita akan adakan pertemuan lebih bermakna di masa akan datang supaya umat Islam tidak sahaja melihat permasalahan di Palestin, Yaman, Syria dan di sekitarnya tetapi juga melihat umat Islam Timur dan Barat sedang berhadapan dengan tekanan serta kekangan daripada musuh.
“Saya mewakili Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan selamat datang kepada dua saudara kita yang datang menziarahi negeri Terengganu dan menceritakan tentang perkembangan umat Islam Uyghur Turkistan Timur (yang dijajah oleh China),” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media di kediaman tersebut hari ini.
Turut hadir di majlis pertemuan itu, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah.
Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media di kediaman tersebut hari ini.
Turut hadir di majlis pertemuan itu, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung itu juga berkata, wakil masyarakat Uyghur itu datang untuk menceritakan kepada rakyat negeri Terengganu tentang perkembangan terkini di negara tersebut.
“Moga-moga rakyat negeri ini bukan sahaja melihat Terengganu tetapi menyedari bahawa di sana ada umat Islam, saudara-saudara mereka yang berhadapan dengan tekanan dalam berbagai-bagai keadaan.
“Kita perlu mengambil perhatian tentang seluruh umat Islam bukan sahaja di negeri dan negara kita tetapi seluruh dunia yang kini berhadapan dengan pelbagai ujian,” jelasnya lagi.
Justeru beliau mengucapkan selamat datang dan jutaan terima kasih kepada kedua-dua wakil kaum Uyghur itu yang bersedia untuk mengunjungi negeri Terengganu.
“Moga-moga negeri Terengganu ini bertambah ceria dan diberkati oleh Allah dengan kehadiran pendakwah dan pejuang ini,” tambahnya lagi.