KUALA TERENGGANU, 29 November - Kerajaan Terengganu bertekad mahu melahirkan seramai mungkin generasi profesional dan teknokrat yang bukan sahaja menguasai bidang sains, teknologi dan kepakaran moden malah memiliki hafalan 30 juzuk al-Quran dalam dada sebagai bekalan membentuk kehidupan berteraskan wahyu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, penguasaan ilmu dunia tidak seharusnya menyebabkan generasi muda meninggalkan al-Quran sebaliknya kedua-dua perkara itu perlu bergerak seiring dalam membina masyarakat maju dan sejahtera.
"Kita mahu anak-anak Terengganu ini walaupun mengambil bidang Sains, Teknologi , Kejuruteraan dan Matematik (STEM), menjadi saintis, jurutera ataupun teknokrat tetapi al-Quran perlu ada dalam dada mereka.
"Kita tidak mahu apabila mereka mencapai kemajuan dalam bidang teknologi dan kepakaran masing-masing, hubungan dengan al-Quran semakin jauh.
"Sebaliknya al-Quran mesti menjadi pegangan dan panduan dalam kehidupan,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Haflah Al-Quran Antarabangsa 2026 ytang diadakan di Hotel Paya Bunga, di sini, baru-baru ini.

"Serta mewujudkan sekolah-sekolah rendah Islam sebagai sebahagian daripada usaha membina asas pendidikan agama sejak peringkat awal," katanya.
Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri menurut beliau bagi memastikan pendidikan al-Quran tidak terpisah daripada arus pendidikan semasa, malah menjadi asas pembentukan generasi yang mampu menguasai pelbagai bidang ilmu tanpa mengabaikan tunututan agama.
"Kalau kita bercakap mengenai maju, berkat dan sejahtera, kita mahu kemajuan yang dibina ini mengikut apa yang Allah gariskan.
"Bukan sekadar maju dari sudut pembangunan fizikal dan teknologi, tetapi turut mendapat keberkatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat," ucap beliau.
