Program Beyond The Moon pupuk minat pelajar terhadap sains dan teknologi. |
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM5.1 juta bagi tujuan berkenaan.
"Pemberian bonus melibatkan semua kakitangan awam daripada Gred 54 dan ke bawah, kakitangan kontrak serta lantikan ad hoc," katanya ketika ditemui pemberita.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Beyond The Moon: Ulang Tahun ke-50 Pendaratan Di Bulan di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), hari ini.
Program kerjasama kedutaan Amerika Syarikat dan agensi kerajaan negeri itu bertujuan menanam minat berkenaan sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar sekolah.
Dean Thompson menyerahkan cenderahati kepada Dr. Samsuri. |
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PSKT, Rosman Roslan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Eksekutif Senior, Mydigitalmaker Nurturing & Grooming Young Talents MDEC, Victor Lam.
Menurut Dr. Samsuri, kerajaan negeri amat mengalu-alukan program sebegini kerana ia membantu mendidik generasi baharu tentang sains dan teknologi.
"Program hari ini adalah salah satu kaedah pembelajaran supaya anak-anak kita tidak takut kepada sains dan teknologi," katanya.
Program berkenaan dihadiri 200 peserta terdiri daripada pelajar dan guru-guru sekitar Kuala Terengganu.
Dr. Samsuri melancarkan 'roket angin' dalam lawatannya ke PSKT. |