Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Sultan Mizan Zainal Abidin. |
Baginda bertitah, pelbagai cara dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan pegangan umat Islam dalam menjadikan al-Quran sebagai acuan kehidupan.
"Golongan ini bertindak dengan melakukan pencemaran budaya, membangkitkan isu keagamaan, penyebaran fitnah sama ada melalui media massa dan alam siber.
"Mereka turut mempertikaikan kedudukan Islam dalam Perlembagaan, peranan mahkamah syariah dan bidang kuasa Raja sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu serta kewujudan dan peranan institusi keagamaan di negara ini," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1441H/2020M, di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, Kampung Raja di sini semalam.
Baginda beramah mesra bersama orang ramai. |
Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Zahari Md Azahar serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN).
Sultan Mizan turut bertitah kepada semua rakyat agar menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru al-Quran dalam mendidik anak bangsa menjadi generasi yang celik dan memahami kalam Allah.
"Peranan golongan qari dan qariah, ahli taranum dan guru-guru al-Quran amat berkait rapat dengan pembinaan masyarakat.
"Mereka memainkan peranan penting sejak dahulu sehingga kini dan merupakan tenaga perubahan yang menjadikan masyarakat Terengganu tinggi akhlaknya.
"Catatan telah mengambarkan bahawa masyarakat Terengganu pada zaman dahulu telah khatam al-Quran sebelum umur akil baligh," titah baginda lagi.
Menteri Besar turut berpesan agar setiap rakyat sentiasa menjadikan al+Quran sebagai panduan. |