Pentadbiran Masjid Perlu Lapor Jika Ada Ajaran Meragukan - Sultan Mizan
Usaha Perkasa Bahasa Inggeris Perlu Dilipat Ganda
Mohd Zubir bersama peserta Persidangan Antarabangsa Bahasa Inggeris, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim |
Kerajaan negeri menyambut baik inisiatif Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam usaha meningkatkan kecekapan tenaga pengajar Bahasa Inggeris di negara ini, selain berharap inisiatif itu perlu dilipatgandakan.
Katanya, menjadi tanggungjawab golongan pendidik untuk mengubah gaya pengajaran terhadap pelajar bagi meningkatkan minat serta menjadikan mereka lebih kreatif.
“Teknik pengajaran bahasa akan menjadi kreatif sekiranya guru sentiasa mencari inisiatif berbeza semasa mengajar seterusnya menjadikan pelajar lebih kreatif.
“Sehubungan itu, saya berharap semua tenaga pengajar terutamanya guru Bahasa Inggeris menyedari kepentingan menggunakan pelbagai pendekatan serta material pengajaran yang baik agar pelajar bersemangat dan sentiasa berhubung dengan persekitaran pengajaran dan pembelajaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Bahasa Inggeris, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.
Persidangan selama dua hari, berakhir berakhir esok (23 Mac) itu memgumpul ahli akademik tempatan dan luar negara untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan tenang bidang kajian yang meliputi kesusasteraan dan pengajaran Bahasa Inggeris.