Wan Hassan Rai 90 Golongan Asnaf Bukit Besi 3 Jun ini


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 28 Mei- Kerajaan negeri akan meraikan 90 orang golongan asnaf dan lebih 10 petugas agama termasuk enam orang imam surau dan empat orang guru al-Quran di Majlis Berbuka Puasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, di sini, bagi mengenang jasa perkhidmatan mereka.

Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, seramai 10 orang petugas berkenaan diraikan di Majlis Berbuka Puasa di Masjid Lama Taman Indah, Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), kelmarin manakala selebihnya akan diraikan di majlis serupa di Masjid At-Taqwa Kuala Jengai bersama 90 golongan asnaf, pada 3 Jun ini.


"Jumlah imam dan guru Quran akan dimaklumkan kemudian," katanya, ketika ditemui pemberita di majlis berkenaan kelmarin.

Ghazali berkata, Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dijangka akan hadir meraikan mereka di majlis berkenaan.

Menurutnya, menjadi guru Quran dan imam surau adalah kerjaya yang mulia dan pengorbanan dan jasa mereka di dalam masyarakat perlu dihargai.

"Fasa pertama ini seramai 10 orang dari Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) diraikan dahulu dengan diberi sumbangan berupa duit raya dan juga sijil penghargaan di atas jasa dan pengorbanan mereka.

"Diharapkan dengan penghargaan berkenaan, menjadi pemangkin untuk mereka meneruskan khidmat kepada masyarakat," jelasnya.

Tag: