Wujudkan Kemesraan Dalam Organisasi



Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 26 September- Mewujudkan elemen kemesraan antara pegawai atasan dan para pekerja boleh menimbulkan suasana kerja yang baik sekaligus membuatkan para pekerja dapat memberi komitmen sepenuhnya.

Ahli Lembaga Pengarah (ALP), PESAKA Terengganu Berhad (PTB), Ghazali Sulaiman berkata, pemimpin atau ketua sesebuah organisasi berperanan mencapai tujuan berkenaan.

"Secara tidak langsung ianya akan menyuntik elemen positif di kalangan pekerja untuk mempersembahkan prestasi yang terbaik bagi mencapai keuntungan syarikat ataupun sesebuah organisasi.

"Juga sudah pasti tidak akan wujud konflik yang membawa kepada suasana kerja yang negatif sehingga langsung tidak memotivasikan para pekerja untuk memberi komitmen yang baik kepada organisasi," ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita, semasa hadir pada Program Mengacau Bubur Asyura di Kilang Papan PTB, hari ini.

Beliau yang juga Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi berkata keterlibatan semua pekerja didalam sesuatu program adalah satu keperluan organisasi.

"Melaluinya akan wujudnya semangat kerjasama dan saling bertanggungjawab terhadap organisasi.

"Maka tidak akan timbul sikap sambil lewa, mahupun acuh tidak acuh dalam pekerjaan," jelasnya.


Tag: