• 13 Nov 2024 | 11 Jamadil Awal 1446

Yahaya Buktikan Usia Bukan Penghalang Dalami Ilmu Agama

Yahaya tetap hadir walaupun rakan-rakanya sudah ramai meninggal dunia.
Oleh : Aziz Hambali

MARANG, 1 Februari - Biarpun sudah menginjak ke hujung usia, seorang pengunjung Kuliah Dhuha di Masjid Rusila di sini tetap mengagahkan diri hadir mengikuti majlis ilmu terbabit.

Menurut Haji Yahaya Abdullah, 83, berkata, walau bertongkat keadaan tersebut bukan alasan untuk dirinya tidak hadir setiap minggu mendengar pengisian dan mutiara kata daripada Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

"Alhamdulillah, sehingga hari ini masih berkesempatan datang ke kuliah dhuha Mingguan di Rusila setiap kali hari jumaat.

"Bila kita jahil, kita mari dengar daripada orang berilmu. Jangan biarkan dalam diri terus menerus dalam kejahilan.

Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Presiden PAS.

"Kawan-kawan saya semua sudah meninggal. Tinggal saya sahaja yang masih mendengar kuliah di Rusila ini," katanya warga emas Kampung Kuala Kejir itu.

Tambahnya lagi, sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menggagahkan diri ke kuliah dhuha itu sejak berusia muda lagi.

"Pada usia muda saya datang dengan kawan-kawan, setiap minggu wajib hadir, walaupun jauh dengan kampung halaman kami," ujarnya.

Tag: