Ziarah Berjaya Selami Kehidupan Asnaf Dun Air Putih




Oleh : Aminji

Kemaman, 12 Jun -  Program Ziarah Asnaf yang melibatkan tiga buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih berjaya menyelami keperitan dan kesusahan yang mereka hadapi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim berkata, program itu menyasarkan seramai 62 orang asnaf dari Kampung Pasir Gajah, Kampung Seberang Tayur serta Kampung Batu 14.

Katanya, sumbangan wang turut diberikan kepada mereka melibatkan asnaf miskin yang tidak berpeluang mendapat Dana Raya daripada kerajaan negeri baru-baru ini.

“Kita dapat santuni para penduduk dengan memberikan sedikit sumbangan hasil zakat sebanyak RM100 seorang, serta sekampit beras lima kilogram.

“Dengan sumbangan yang kita hulurkan, insya-Allah sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka. Dapatlah mereka membeli barang dapur serta keperluan harian,” ujarnya.




Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam Program Ziarah tersebut, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pasir Gajah, Razali Omar, Pengerusi MPKK Seberang Tayur, Mohd Sanusi Jusoh serta Timbalan Pengerusi MPKK Batu 14, Mohammad Amran Zakaria @ Abd Razak.

Tambah beliau lagi, dalam ziarah tersebut, penduduk kampung yang terlibat telah dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil di mana asnaf dari Kampung Pasir Gajah seramai 20 orang telah dilaksanakan di Masjid Pasir Gajah, manakala asnaf dari Kampung Seberang Tayur dan Kampung Batu 14 di Masjid Batu 14.

Ujarnya, sambutan dan respon yang sangat positif telah diberikan oleh kesemua asnaf terbabit

Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dengan kehadiran kesemua 62 orang asnaf miskin yang terlibat. Kita bersyukur kerana dapat menyantuni mereka yang memerlukan.

Terima kasih diucapkan kepada semua petugas yang menjayakan program ziarah ini, kata beliau,” kata beliau lagi.





Tag: