Pegawai Syariah Malaysia Sokong Terengganu Sebat Pesalah Khalwat di Masjid
10,000 Pengunjung Ke Gerai Pameran Sekretariat Beautiful Terengganu
Ahmad Razif bersama rombongan melawat gerai pameran Sekretariat Beautiful Terengganu pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur., Foto oleh Harish Fadzillah |
Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sepanjang lima hari yang berakhir semalam.
Turut sama ke gerai yang menyediakan pelbagai informasi berkaitan produk dan pakej pelancongan Terengganu itu, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman bersama pemimpin negeri yang lain.
Pelbagai cenderahati diagihkan kepada pengunjung, termasuk rantai kunci, pen, buku nota, risalah Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017 dan paket makanan tradisional Terengganu.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman berkata, jualan secara pakej nasi dagang bersama keropok lekor sejuk beku berharga RM8 mendapat sambutan cukup menggalakkan daripada pengunjung luar Terengganu.
“Pelanggan setia produk itu mengakui kesedapannya dan pasti tidak ketinggalan membelinya sekiranya ada pengusaha membuat promosi.
“Pada masa sama, ada juga pelanggan belum pernah menemui nasi dagang sejuk beku, mereka tetap membelinya kerana mahu mencuba,” katanya kepada Teganukita.
Selain itu, Terengganu Kitchen Sdn. Bhd. (T-Kitchen), Hotel Primula dan Hotel Permai turut bersama-sama Sekretariat Beautiful Terengganu bagi mempromosi produk masing-masing.
Tengku Zaihan berkata, gerai pameran seumpama ini akan diteruskan di pelbagai program luar Terengganu di mana terbaru pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).
“Inisiatif kerajaan negeri ini adalah bertujuan untuk mencapai sasaran 5.5 juta pengunjung ke Terengganu sempena TMT tahun depan,”katanya.