1,034 Anak Yatim Dapat Bantuan Pakaian Raya



Seramai 1,034 anak yatim membabitkan sekolah rendah dari Kuala Terengganu  dan Kuala Nerus serta pelajar Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Negeri Terengganu (Perkaya) menerima sumbangan pakaian hari raya.

Mereka terdiri daripada 495 murid tahun tiga dan 495 murid tahun enam dari 82 buah sekolah rendah disamping 523 pelajar dari Perkaya Marang, Besut, Kuala Terengganu dan Dungun.

Majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Raya itu disampaikan isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Perkaya, Prof Dato Dr. Tengku Mahmud Mansor.

Program sumbangan pakaian hari raya itu merupakan aktiviti tahunan Perkaya ntuk membantu anak-anak yatim piatu di seluruh negeri sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.


Seorang penerima Ayu Kartika Azhar, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tok Beng, Kuala Nerus gembira dengan sumbangan itu dan mahu menghadiahkan pakaian tersebut kepada adiknya, Nur Amirka Wahida, 11, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).

Katanya, dia dan adik sudah ada baju jubah raya yang ibu saudara hadiahkan jadi saya akan bagi kain pasang itu dekat adik .

“Adik yang cacat kedua-dua anggota kaki sejak lahir  pasti suka dengan hadiah ini dan percaya adik mahu dijadikan baju gaun.

“Tidak sabar untuk raya dan pakai baju baru walaupun kami hanya meraikan dalam  serba kekurangan,” katanya.

Ibu Katika meninggal dunia ketika  pada 2012 sebab demam manakala ayah mengalami sakit tulang belakang akibat kemalangan..



Tag: