Adun Belia Desak Persekutuan Tidak Khianat Royalti Terengganu
Lebih 1,300 penggemar aktiviti berbasikal lasak menyahut Lingai Challenge 2017 pada 9 September ini yang menawarkan hadiah menarik beserta cabutan bertuah dengan nilaian keseluruhan hampir RM35,000.
Perlumbaan sejauh 35 kilometer itu akan berlangsung di Kampung Gong Lingai, Batu Rakit, Kuala Nerus, sempena Tahun Melawat Terengganu 2017
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana kejohanan itu yang juga Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tg Abd Jalil, berkata kejohanan itu turut disertai pelumba dari luar negara, termasuk 40 peserta dari Thailand, 4 orang dari Singapura dan seorang peserta dari Filipina.
Katanya, setiap pelumba akan meredah denai-denai hutan simpan, kebun buah-buahan, ladang dan laluan berbukit yang pastinya memiliki keunikan tersendiri.
"Bakal memberikan pengalaman yang tersendiri kepada peserta apabila berkayuh sambil menikmati keindahan alam di samping cabaran mendaki yang mengujakan.
“Sebanyak lapan kategori akan dipertandingkan iaitu Men Open, Men Master, Men Veteran, Women Open, Fatbike, Junior Open, Heavyweight dan Terengganu Closed,” katanya.
Terdapat juga acara-acara sampingan lain antaranya sukaneka dan pertandingan bola sepak 7 sebelah semata-semata mahu memperkenalkan aktiviti pertama kali anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Nerus.
Selain hadiah wang tunai kepada 10 tempat teratas, cabutan bertuah juga disediakan yang keseluruhannya bernilai RM20,000 termasuk hadiah utama iaitu skuter Yamaha Ego Solariz.
Ia dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kuala Nerus dengan kerjasama Kayoh Bike Club , Terengganu Heritage Cycyling Team dan Kelab Kebajikan dan Sukan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus (PENERUS).