160 Peniaga Bazar Ramadan Manir Terima Sumbangan

HULU TERENGGANU, 19 Mac - Semangat dan keceriaan jelas terpancar pada raut wajah 160 peniaga Bazar Ramadan Pasar Manir di sini apabila menerima sumbangan kurma dan takwim daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir petang semalam.

ADUN Manir, Hilmi Dato’ Harun turut mengambil peluang menyantuni serta menyempurnaan sumbangan kepada para peniaga di bazar berkenaan, 

Beliau berkata program yang turut mendapat kerjasama daripada penganjur bazar, Persatuan Kebajikan Dan Rekreasi Pasar Manir juga mengedarkan apron kepada semua peniaga di pasar ini.

"Selain melakukan agihan sumbangan, kita juga turut mengambil peluang untuk beramah mesra dengan peniaga-peniaga dan para pengunjung yang majoriti daripadanya adalah penduduk di kawasan DUN Manir,"   katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Tambah Hilmi, rata-rata peniaga ditemui menyambut baik program yang dilaksanakan oleh pihak PKM DUN Manir itu.

"Di samping, cara ini juga dilihat mampu menjadi medan mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dengan masyarakat," ujarnya.

Tambahnya, program tersebut merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan dan akan diteruskan pada masa akan datang.

 


Tag: