KUALA NERUS, 24 Oktober – Jenazah Yang Amat Mulia Almarhum Dato’ Seri Dr. Tengku Baderul Zaman ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini, pada jam 1.20 tengah hari tadi dengan pesawat khas.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu berangkat menyambut ketibaan jenazah Almarhum sebelum dibawa ke Balai Islam, Istana Syarqiyyah bagi memberikan ruang kepada penghormatan terakhir.
