19,624 Calon SPM Terengganu Bakal Duduki Peperiksaan Esok
Shafruddin Ali Hussin. |
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata, berdasarkan angka itu, sejumlah 17,808 calon adalah pelajar dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.
Selain itu, 740 calon adalah dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), 58 calon sekolah menengah agama negeri, 126 calon swasta dan 892 calon persendirian.
“Sehubungan itu, seramai 1,303 petugas peperiksaan ditempatkan di 168 pusat peperiksaan bagi membantu mengendalikan calon SPM,” katanya.
Dalam tumpuan sama, seramai 2,367 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga akan mula menduduki peperiksaan esok di 44 pusat peperiksaan membabitkan 393 petugas peperiksaan.
Shafruddin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mengetahui maklumat mengenai masa peperiksaan, arahan dan amaran sepanjang tempoh peperiksaan.
Katanya, calon juga diingatkan supaya sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan cuaca di tempat masing-masing.
“Sekiranya berlaku kecemasan, termasuk berdepan kesukaran untuk ke pusat peperiksaan, mereka disarankan berhubung seberapa segera dengan pihak sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya.