lightning-solid
Berita :
22,213 Murid Tahun Satu Memulakan Sesi Baru Persekolahan
22,213 Murid Tahun Satu Memulakan Sesi Baru Persekolahan
Noraini Jusoh
11 jam yang lepas
95

KUALA TERENGGANU, 11 Januari – Seramai 22,213 murid Tahun Satu memulakan sesi baharu persekolahan 2026/2027 di 352 buah sekolah rendah seluruh Terengganu, hari ini. 

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Zainal Abas berkata, selain itu 9,528 kanak-kanak berusia enam tahun pula mendaftar untuk prasekolah.

IMG-20260111-WA0034.jpg 77.82 KB
Menurut beliau, hari pertama sesi persekolahan di seluruh Terengganu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

“Hari ini adalah hari pertama sesi persekolahan di Negeri Terengganu, kita dapat lihat suasana ceria yang ditunjukkan di setiap sekolah.

“Minggu pertama tidak belajar dan lebih kepada penyesuaian, memberi ruang kepada murid-murid baru untuk mengadaptasi kehidupan di sekolah manakala, minggu kedua baru mereka akan mulakan dengan kelas-kelas akademik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sesi libat urus pembukaan sekolah peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Tok Nasek, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan negeri, Kamsah @ Kamal Mohamed.

IMG-20260111-WA0040.jpg 85.75 KB
Sementara itu, Zainal memaklumkan, pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada kira-kira 5.2 juta murid dan pelajar sekolah seluruh negara dijangka dapat diselesai sepenuhnya selewat-lewatnya minggu depan.

Katanya, wang BAP sudah dimasukkan ke dalam akaun bank semua sekolah seluruh negara.

“Pada hari ini, esok sekolah sudah boleh agihkan BAP kepada semua murid dan pelajar.

“BAP sebanyak RM150 seorang ini bagi meringankan beban kewangan ibu bapa dan edarannya kita harap dapat selesai selewat-lewatnya minggu depan,” ujarnya.


Tag :

Artikel Berkaitan