Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
243 Murid Sertai Program Back To School Petronas
Seramai 243 orang murid darjah satu hingga lima terlibat dalam Program Sentuhan Kasih ' Back To School ' Petronas di Dewan Petronas Chemicals, Kertih hari ini.
Pengarah Urusan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group (PCG), Dato' Sazali Hamzah berkata, PCG yakin mampu memberi impak yang besar dalam membentuk sahsiah diri setiap insan.
"Selama 32 tahun penubuhan kami mengambil pelbagai inisiatif dalam mempertingkatkan taraf pendidikan komuniti.
Matlamat kami untuk melihat komuniti dalam kawasan di mana kami beroperasi dan berkembang bersama demi mencetus momentum pertumbuhan,” ujarnya kepada pemberita selepas program tersebut.
Turut hadir, Pengarang Pendidikan Berita Harian Fadzlena Jafar dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pengurusan Kurikulum ( Sains dan Matematik ) merangkap Ketua Unit Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Dungun Azhab Abd Rahim serta Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur Wan Mohd Hasnan Abdullah.
Sazali berkata, masyarakat Kertih adalah satu aspek penting dalam operasi kami bagi menyediakan para pelajar dalam menduduki peperiksaan tahunan dan dapat meringankan beban kewangan ibu pada mereka.
"Dengan cara itu kami dapat mendekati dengan masyarakat setempat dan kami lihat satu peluang yang kami boleh meningkatkan taraf hidup serta menyumbang kepada perubahan positif untuk komuniti," katanya.
Sazali berkata, beliau berharap dapat meningkatkan prestasi akademik anak-anak melalui penguasaan subjek seperti Sains dan Matematik.
"Pada tahun 2016 PCG menganjurkan program Sentuhan Kasih Petronas di Sipitang, Kertih dan Labuan dimana melibatkan 1,175 orang murid.
"Pada tahun yang sama PCG turut menganjurkan bengkel Sains dan Matematik bagi murid-murid dan guru-guru daripada 44 buah sekolah di seluruh negara," katanya.